Ahad, 25 Oktober 2009

Kursus Pengucapan Awam ..



Kursus Pengucapan Awam pada 24 - 25 Oktober di De Palma Hotel Shah Alam anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat yang melibatkan Selangor , Perak dan Perlis selesai diadakan dengan jayanya . dengan jumlah peserta hampir 100 orang , kursus ini yang dikendalikan oleh MultiSkill Consultant telah banyak memberi panduan serta maklumat yang berguna untuk setiap peserta mempraktikkannya bila berada didalam situasi sebenar pengucapan awam .

Kursus ini yang dirasmi dan ditutup oleh Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad , akan diteruskan untuk modul kedua dalam jangka masa yang akan dimaklumkan nanti . ini adalah penting bagi memberi pendedahan yang lebih sistematik memandangkan waktu dua hari bukanlah terlalu panjang untuk ditekuni setiap butiran serta panduan .

Pas Kawasan Petaling Jaya Utara telah diwakili oleh Zawawi Mamat dan Zaimiruddin Zahari bagi memberi pendedahan kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan khususnya di Petaling Jaya Utara .

Kedua - dua peserta ini merupakan pimpinan Pas Cawangan Seri Setia Baru , iaitu salah satu cawangan penaja dalam Pas Kawasan Petaling Jaya Utara . sudah tiba masanya Pas Kawasan proaktif memikirkan dan seterusnya melaksanakan beberapa program yang berkaitan pengucapan awam bagi membentuk pimpinan kawasan dan cawangan yang bermaklumat dan berkebolehan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan