Khamis, 12 November 2009

Luahan Hati .. Bukan Amaran Tapi Peringatan

Hari ini adalah hari yang paling tidak bersemangat dalam kalendar politik harian . rasaan serabut dan mual serta kemang lidah sudah mula dirasai , apa tidak hampir setiap hari teman - teman minta penjelasan atas apa isu yang terjadi . jika dulu tahan bibir dan lidah paling kuat dua minggu sekali tapi kini tiap - tiap hari terpaksa menjelaskan dan menelan pahitnya berpolitik . mungkin kiasan seperti ini orang kata tak tahan dugaan dan tak kuat iman politik namun setiap tafsiran apapun yang terasa tetap terasa .

Selangor dulu yang meriah sudah jadi " koleh masang " kata orang terangganu . katanya berkat pakatan rakyat yang memerintah tentulah orang yang saban waktu berjuang pasti merasa nikmat kemenangan tetapi apa yang berlaku bukan nikmat yang datang tapi " kiamat " . huru hara selangor bukan serangan pisau cukur tapi " sengaja menjadi pencukur " . kesian orang bawahan terpaksa dicukur juga walaupun tak pernah meminta sebegitu .

Pelbagai isu , tekanan dan falsafah diperbetulkan serta dipertahankan namun ianya tetap datang dari dalam kelambu sendiri . bukan masalah kerana nyamuk kelambu hendak dibakar tetapi persoalannya kelambu dah koyak rabak , kena tukar yang baru . tiada gunanya untuk membetulkannya kerana nyamuk sekarang sudah ada wifi dan streamyx , anytime boleh diperbelitkan semula . kadang - kadang timbul rasa tidak faham yang teramat , kenapa menjadi nyamuk sepatutnya jadilah harimau baru senang untuk ditembak .

Seluruh orang sudah mula merasa goyang dengan pemerintahan pakatan rakyat selangor sekarang , sesiapa yang menafikannya bermakna ia bukan pemimpin tetapi elit politik yang tidak berguna . mereka berfikir apabila dijalankan program maka ianya sekadar untuk menunjuk kepada perwakilan setiap kali mesyuarat agung bahawa kita bekerja namun hakikatnya tiada apa yang mereka lakukan . membiarkan anak membuat kerja dan melaung satu dunia ini adalah kreativiti bapanya , ini kerja orang yang tidak berguna .

Jawatan adalah amanah terbesar yang diberi agar dapat diprediksi kepada ruang - ruang untuk membantu perjalanan organisasi namun sedih sekali , semuanya tersasar seperti askar pencen yang rabun . bukan diharap kepada pitis atau emas berlian namun setidak - tidaknya berilah sekadar yang ada agar tersentuh hati pejuang - pejuang yang senantiasa memberi sokongan dan dokongan tak berbelah bagi . jika masih bersikap kedekut dan sekut , ruang - ruang sebagai pemimpin akan menjadi semakin samar kerana ada tidak menambah tiada tidak berkurang .

Jika sudah tidak mampu bersama dan merasa ingin ruang kebebasan yang mutlak dan sejati , jalan keluarnya adalah bebaskan diri anda sekarang kerana ianya adalah sentimen yang boleh merugikan semua orang . tiada salahnya jika membuat keputusan sekarang kerana ianya adalah bermaruah dan beradab namun jika menunggu dan terus menunggu , banyak pilihan yang ada untuk menutup ruang seperti yang ditunggu dan diminta selama ini .

Selasa, 10 November 2009

Masalah Yang Entah Kapan Penyelesaiannya ..

Kebanjiran penjaja - penjaja asing tanpa lesen yang bertambah dari hari kehari terutama berhampiran kuil hindu SS3 dan tapak pasar malam begitu " mengjengkelkan " . seperti langsung tiada tindakan daripada penguatkuasa MBPJ , kelihatan deretan rumah kos atau rumah sewa di SS9A sewenang - wenangnya dijadikan gerai jualan gorengan dan barung yang kelihatan begitu meriah dan seolah - olah begitu istimewanya mereka dimata MBPJ .

Masalah ini yang telah berlanjutan sejak sekian lama bukan sahaja mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan malah menimbulkan persepsi umum tentang fungsi MBPJ dan peranan Jabatan Penguatkuasaan MBPJ . adakah mereka mendapat imbuhan atau tekanan sehingga seperti menikus dalam menjalankan tugas ? atau ada sabotaj yang dirancang bagi memburukkan pemerintahan kerajaan selangor dibawah pakatan rakyat ?

Tugasan in juga tidak sepatutnya juga terlepas pandang dari peranan Ahli majlis yang bertanggungjawab kepada zon 23 dan zon 22 yang berada dibawah DUN Seri Setia dan DUN Kg Tunku . jika barangan mereka dirampas dan mereka mampu membayarnya , tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mahu membuat penguatkuasaan kerana itu adalah tugasan yang sah dan dipertanggungjawabkan . teruskan penguatkuasaan sehingga zon perniagaan tidak halal ini dibersihkan .

Pelbagai cara dapat dilakukan bagi menghalang keadaan ini berterusan diantaranya menampal notis larangan berniaga dikawasan berkenaan atau menaikkan papan tanda larangan . naik besar - besar dengan bahasa yang jelas agar pembeli juga dapat membaca mereka membeli ditempat yang salah . menempatkan seorang penguatkuasa dikawasan waktu operasi mereka agar peniaga - peniaga ini tahu bahawa mereka sedang dipantau . pelbagai lagi kaedah - kaedah yang difikirkan sesuai untuk menanganinya dan terletak dibawah bidang kuasa MBPJ .

Jika situasi ini berterusan tanpa menampakkan perkembangan positif , pakatan rakyat selangor ini akan dilabel tidak ada bezanya dengan BN kerana membiarkan masalah ini berlanjutan tanpa penyelesaian . tunjukkan PR lebih baik dan boleh menggantikan BN sebagai pilihan untuk memerintah negeri dan negara . harapan rakyat marhaein begitu besar ingin melihat perubahan kepada sistem dan pengurusan yang lebih cekap dan teratur .

Selasa, 3 November 2009

Jalan Pintas @ Sudah Dipintas ..

Perkembangan politik Selangor sekarang ini begitu mendebarkan . pelbagai enigma yang terjadi ekoran usaha BN yang ingin merampas kekuasaan dinegeri yang paling konsisten kewangannya . ditambah lagi kemelut dalaman Pas Selangor sendiri yang menjadi buah mulut bukan setakat ahli Pas namun wak - wak indon pun ingin tumpang sekaki kerana mengenal nama islam yang dikalimah dilogo parti .

Pakatan Rakyat Selangor seperti terpukau dan dipukau bagaimana untuk menyerang BN yang sudah tidak sabar lagi untuk menjadikan Selangor seperti Perak yang tumbang secara agregat mudah . ironinya dengan kuasa sebesar kelingking , mana mungkin nak pukul sebesar penumbuk itulah realitinya . buktinya penangkapan Dr Asri sudah menjadi hujjah kuat betapa taik - taik Umno masih bertaburan di Jabatan Kerajaan di Selangor .

Namun begitu Pakatan Rakyat masih mempunyai kaki yang kuat untuk menendang mereka - mereka yang sebenarnya pencetus kepada keadaan tidak harmoni kepada kemelut yang terjadi . tugas besar yang sedia ada dan menanti tanpa henti adalah mempertahankan dan memperkuatkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor . pelbagai andaian oleh pelbagai saluran samada melalui Blogger mahu pun dari mulut ke mulut tentang perancangan BN yang tidak boleh dipandang sepi untuk kesekian kalinya .

Sebesar tugas yang ada pada Pas Selangor adalah menyatukan ahli yang mula berbicara nada kecewa dan bukannya membuat majlis untuk mempertahakan diri kerana ianya akan menambahkan masalah yang sedia memburuk . jika satu dunia tahu kapal Titanic karam kerana keegoan dan kebodohan kapten kapal adakah kita nak menyatakan kepada dunia bahawa ianya kerana kebodohan air laut ??

Seperti penyakit kencing manis , jika sudah memburuk dan membusuk apa yang mahu ditunggu lagi . orang tua sejak sekian lama memperdengarkan bahawa kesalahan terulang tidak mungkin menjadi baik lagi kerana kebusukkan dalamannya tetap kekal dan bernanah .

Pas Selangor patut melihat iklan Stremyix sebagai panduan untuk menentukan arah tuju selepas ini samada memilih kemenangan ataupun kekalahan dalam pilihanraya akan datang . ANDA AKAN DIPERSALAHKAN JIKA PAKATAN RAKYAT TUMBANG SAMADA DALAM PILIHRAYA @ JALAN PINTAS BN KERANA ITULAH HAKIKATNYA .

Ahad, 1 November 2009

Sumbangan Amal & Dakwah Seri Setia Baru

1 Oktober - Pas Cawangan Seri Setia baru telah mengadakan program Sumbangan Amal & Kebajikan 2009 di Masjid Ridhwani SS9A petang semalam . program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Ibu Tunggal , Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim di SS9A yang berjumlah 17 orang .

Hampir semua pimpianan cawangan telah hadir bagi meraikan majlis yang julung - julung kali diadakan selain dari menyampaikan sumbangan ianya juga untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim bersama masyarakat setempat .

Imam 2 Masjid Ridhwani Ustaz Mansor telah hadir mewakili Jawatankuasa Masjid dan turut menyampaikan sumbangan kepada penerima . beberapa program telah dirangka dalam jangka masa terdekat bagi mendekatkan lagi Pas kepada masyarakat termasuk program " BAD Boys " iaitu Belia Anti Dadah yang sedang dalam perbincangan terakhir untuk dilaksanakan .