Khamis, 12 November 2009

Luahan Hati .. Bukan Amaran Tapi Peringatan

Hari ini adalah hari yang paling tidak bersemangat dalam kalendar politik harian . rasaan serabut dan mual serta kemang lidah sudah mula dirasai , apa tidak hampir setiap hari teman - teman minta penjelasan atas apa isu yang terjadi . jika dulu tahan bibir dan lidah paling kuat dua minggu sekali tapi kini tiap - tiap hari terpaksa menjelaskan dan menelan pahitnya berpolitik . mungkin kiasan seperti ini orang kata tak tahan dugaan dan tak kuat iman politik namun setiap tafsiran apapun yang terasa tetap terasa .

Selangor dulu yang meriah sudah jadi " koleh masang " kata orang terangganu . katanya berkat pakatan rakyat yang memerintah tentulah orang yang saban waktu berjuang pasti merasa nikmat kemenangan tetapi apa yang berlaku bukan nikmat yang datang tapi " kiamat " . huru hara selangor bukan serangan pisau cukur tapi " sengaja menjadi pencukur " . kesian orang bawahan terpaksa dicukur juga walaupun tak pernah meminta sebegitu .

Pelbagai isu , tekanan dan falsafah diperbetulkan serta dipertahankan namun ianya tetap datang dari dalam kelambu sendiri . bukan masalah kerana nyamuk kelambu hendak dibakar tetapi persoalannya kelambu dah koyak rabak , kena tukar yang baru . tiada gunanya untuk membetulkannya kerana nyamuk sekarang sudah ada wifi dan streamyx , anytime boleh diperbelitkan semula . kadang - kadang timbul rasa tidak faham yang teramat , kenapa menjadi nyamuk sepatutnya jadilah harimau baru senang untuk ditembak .

Seluruh orang sudah mula merasa goyang dengan pemerintahan pakatan rakyat selangor sekarang , sesiapa yang menafikannya bermakna ia bukan pemimpin tetapi elit politik yang tidak berguna . mereka berfikir apabila dijalankan program maka ianya sekadar untuk menunjuk kepada perwakilan setiap kali mesyuarat agung bahawa kita bekerja namun hakikatnya tiada apa yang mereka lakukan . membiarkan anak membuat kerja dan melaung satu dunia ini adalah kreativiti bapanya , ini kerja orang yang tidak berguna .

Jawatan adalah amanah terbesar yang diberi agar dapat diprediksi kepada ruang - ruang untuk membantu perjalanan organisasi namun sedih sekali , semuanya tersasar seperti askar pencen yang rabun . bukan diharap kepada pitis atau emas berlian namun setidak - tidaknya berilah sekadar yang ada agar tersentuh hati pejuang - pejuang yang senantiasa memberi sokongan dan dokongan tak berbelah bagi . jika masih bersikap kedekut dan sekut , ruang - ruang sebagai pemimpin akan menjadi semakin samar kerana ada tidak menambah tiada tidak berkurang .

Jika sudah tidak mampu bersama dan merasa ingin ruang kebebasan yang mutlak dan sejati , jalan keluarnya adalah bebaskan diri anda sekarang kerana ianya adalah sentimen yang boleh merugikan semua orang . tiada salahnya jika membuat keputusan sekarang kerana ianya adalah bermaruah dan beradab namun jika menunggu dan terus menunggu , banyak pilihan yang ada untuk menutup ruang seperti yang ditunggu dan diminta selama ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan