Khamis, 31 Disember 2009

Antara 2009 dan 2010 ? ..


Selamat Tahun Baru 2010 dari Serisetiabaru.blogspot kepada seluruh ahli Pas Seri Setia Baru , Pas Petaling Jaya Utara dan seluruh rakyat malaysia . harapan kami disini semoga kedatangan Tahun Baru 2010 dipenuhi dengan iltizam dan semangat baru yang cuma berselang tidak berapa harinya dari Tahun Baru Islam 1431 Hijrah .

Peristiwa yang berlaku disepanjang 2009 sudah tentu membawa kesan yang tidak kurang tidak menggoncangkan kondisi politik , ekonomi , sosial dan lain - lain . sudah tentu tumpuan yang paling disukai adalah politik yang tidak pernah sunyi dari menghadapi pelbagai pergolakan dan serangan yang keterlaluan dari politik yang berlawanan .

Jangkaan untuk tahun 2010 ini pasti lebih mendebarkan dan menyenakkan , banyak perang politik yang tidak terlunas pada 2009 yang sudah pasti akan dibawa ketahun 2010 ini . persiapan telah disiapkan dengan pelbagai anologi dan taktik namun kesudahannya tetap BN mesti ditumpaskan untuk memastikan negara tidak terus dibelenggu dengan perkara - perkara yang diluar kotak pemikiran kita .

Banyak peristiwa pelik dan ajaib di 2009 yang boleh dijadikan koleksi benda - benda pelik dalam dunia antaranya enjin jef f-s2 hilang , Bala hilang , 3 Katak hilang tiba - tiba muncul di Putrajaya dan pelbagai lagi ciptaan oleh seorang perdana menteri yang mempunyai tabiat sukakan benda - benda pelik . agaknya negara Malaysia pun mahu dipelikkan dengan 1Malaysia , satu gagasan yang cukup pelik lagi ajaib kerana semuanya harus disatukan seperti salam 1Malaysia yang langsung tiada nilai pahala mahupun faedahnya .

Lagi hebat agenda BN yang mencungkil kembali kisah pendakwaan mahkamah keatas kerajaan kelantan yang difailkan pada 45 tahun yang lalu dan diarah bayar 800 juta . mungkin itu penutup 2009 yang diinginkan oleh Umno untuk menekan PR dan kerajaan kelantan berhubung tuntutan wang royalti keatas petronas dan kerajaan pusat , PKFZ dan Enjin Jet . nampaknya terpaksa berpencak silat lagi Tok Guru Nik Aziz untuk mematahkan serangan dari penggemar benda - benda pelik .

Program sulung Pas PJ Utara untuk tahun 2010 ini akan disyiarkan pada 8hb Januari 2010 di Vista Subang . majlis penerimaan keahlian baru dan penyerahan sijil ahli Pas kepada jemaah Vista Subang adalah satu lagi keseriusan dalam berjemaah . hasil usrah , tarbiyyah dan pendekatan dakwah telah berjaya menawan hati dan perasaan mereka untuk bersama dalam perjuangan Pas . inilah adalah kemenangan 2009 untuk diraikan dan diperteguh pada 2010 .

Sri Aman juga akan dijadikan asas untuk mula bertempur untuk menangkis dakyah serta propaganda murahan Umno yang telah ditaburkan kepada penduduk pangsapuri Sri Aman sebulan yang lalu . pastinya penceramah - pemceramah hebat yang akan diperturunkan tidak akan mengecewakan pendengar - pendengar yang dahagakan maklumat yang tepat dan berfakta . bersesuaianlah dengan agenda Pas untuk tahun baru ini 2010 dengan serangan minda dan sikologi iaitu " Umno Pengkhianat Bangsa Dan Bukan Juara Rakyat " .

Isnin, 7 Disember 2009

Bukan Pakatan Yang Menanti Belah Tetapi UMNO Boleh BLAH ..


Saya berkesempatan malam tadi untuk turut sama memeriahkan Ceramah UMNO bertajuk " Pakatan Rakyat Menanti Belah " di SSI Flat Sri Aman , yang majoriti penduduknya adalah melayu dan terdapat Cawangan Pas Sri Aman disitu . cuaca yang agak baik memungkinkan kehadiran pendengar yang agak ramai ditambah lagi dengan promosi banner yang terdapat disegenap pelusuk bermula dari SS1 sehingga ke SS9 . dan penceramah mereka pula bukan calang - calang manusia yang dikilangkan oleh UMNO seperti Lokman Nor Adam dan Kamal Saidin .



Namun jangkaan saya meleset jauh sama sekali apabila sambutannya lebih kurang 30 orang sahaja semuanya termasuk pemuda UMNO dan penceramah sekali . seperti biasa tumpuan serangan mereka Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz , Pas Kuda Tunggangan DAP , Pas Islam DAP dan pelbagai lagi tohmahan serta tuduhan liar yang biasa didengar . agak mudah untuk mematahkan hujah mereka dengan fakta dan penerangan semula . Pas PJ Utara mesti mengorak langkah menjawab semua tohmahan liar mereka dengan mengadakan ceramah terbuka dalam masa terdekat dan jemputlah beberapa orang penceramah besar bagi memberi aura kepada program .
Di SS9A , Pas Cawangan Seri Setia Baru menghulurkan sumbangan untuk masjid tetapi dimaki oleh bilal masjid yang kebetulan orang kuat UMNO . mungkin kerana terkesan dengan program serta aktiviti yang dijalankan maka kemarahannya meluap - luap sehingga melemparkan fitnah . " itu duit DAP " katanya , tidak boleh . dasyat sekali orang tua ini , sempat saya bertanya " jika begitu mana duit UMNO " ? .. masuk poket kot . InsyaAllah bukan Pakatan Rakyat yang menanti belah tetapi UMNO yang boleh blah .