Perkembangan politik Selangor sekarang ini begitu mendebarkan . pelbagai enigma yang terjadi ekoran usaha BN yang ingin merampas kekuasaan dinegeri yang paling konsisten kewangannya . ditambah lagi kemelut dalaman Pas Selangor sendiri yang menjadi buah mulut bukan setakat ahli Pas namun wak - wak indon pun ingin tumpang sekaki kerana mengenal nama islam yang dikalimah dilogo parti .Pakatan Rakyat Selangor seperti terpukau dan dipukau bagaimana untuk menyerang BN yang sudah tidak sabar lagi untuk menjadikan Selangor seperti Perak yang tumbang secara agregat mudah . ironinya dengan kuasa sebesar kelingking , mana mungkin nak pukul sebesar penumbuk itulah realitinya . buktinya penangkapan Dr Asri sudah menjadi hujjah kuat betapa taik - taik Umno masih bertaburan di Jabatan Kerajaan di Selangor .
Namun begitu Pakatan Rakyat masih mempunyai kaki yang kuat untuk menendang mereka - mereka yang sebenarnya pencetus kepada keadaan tidak harmoni kepada kemelut yang terjadi . tugas besar yang sedia ada dan menanti tanpa henti adalah mempertahankan dan memperkuatkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor . pelbagai andaian oleh pelbagai saluran samada melalui Blogger mahu pun dari mulut ke mulut tentang perancangan BN yang tidak boleh dipandang sepi untuk kesekian kalinya .
Sebesar tugas yang ada pada Pas Selangor adalah menyatukan ahli yang mula berbicara nada kecewa dan bukannya membuat majlis untuk mempertahakan diri kerana ianya akan menambahkan masalah yang sedia memburuk . jika satu dunia tahu kapal Titanic karam kerana keegoan dan kebodohan kapten kapal adakah kita nak menyatakan kepada dunia bahawa ianya kerana kebodohan air laut ??
Seperti penyakit kencing manis , jika sudah memburuk dan membusuk apa yang mahu ditunggu lagi . orang tua sejak sekian lama memperdengarkan bahawa kesalahan terulang tidak mungkin menjadi baik lagi kerana kebusukkan dalamannya tetap kekal dan bernanah .
Pas Selangor patut melihat iklan Stremyix sebagai panduan untuk menentukan arah tuju selepas ini samada memilih kemenangan ataupun kekalahan dalam pilihanraya akan datang . ANDA AKAN DIPERSALAHKAN JIKA PAKATAN RAKYAT TUMBANG SAMADA DALAM PILIHRAYA @ JALAN PINTAS BN KERANA ITULAH HAKIKATNYA .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan