Khamis, 31 Disember 2009

Antara 2009 dan 2010 ? ..


Selamat Tahun Baru 2010 dari Serisetiabaru.blogspot kepada seluruh ahli Pas Seri Setia Baru , Pas Petaling Jaya Utara dan seluruh rakyat malaysia . harapan kami disini semoga kedatangan Tahun Baru 2010 dipenuhi dengan iltizam dan semangat baru yang cuma berselang tidak berapa harinya dari Tahun Baru Islam 1431 Hijrah .

Peristiwa yang berlaku disepanjang 2009 sudah tentu membawa kesan yang tidak kurang tidak menggoncangkan kondisi politik , ekonomi , sosial dan lain - lain . sudah tentu tumpuan yang paling disukai adalah politik yang tidak pernah sunyi dari menghadapi pelbagai pergolakan dan serangan yang keterlaluan dari politik yang berlawanan .

Jangkaan untuk tahun 2010 ini pasti lebih mendebarkan dan menyenakkan , banyak perang politik yang tidak terlunas pada 2009 yang sudah pasti akan dibawa ketahun 2010 ini . persiapan telah disiapkan dengan pelbagai anologi dan taktik namun kesudahannya tetap BN mesti ditumpaskan untuk memastikan negara tidak terus dibelenggu dengan perkara - perkara yang diluar kotak pemikiran kita .

Banyak peristiwa pelik dan ajaib di 2009 yang boleh dijadikan koleksi benda - benda pelik dalam dunia antaranya enjin jef f-s2 hilang , Bala hilang , 3 Katak hilang tiba - tiba muncul di Putrajaya dan pelbagai lagi ciptaan oleh seorang perdana menteri yang mempunyai tabiat sukakan benda - benda pelik . agaknya negara Malaysia pun mahu dipelikkan dengan 1Malaysia , satu gagasan yang cukup pelik lagi ajaib kerana semuanya harus disatukan seperti salam 1Malaysia yang langsung tiada nilai pahala mahupun faedahnya .

Lagi hebat agenda BN yang mencungkil kembali kisah pendakwaan mahkamah keatas kerajaan kelantan yang difailkan pada 45 tahun yang lalu dan diarah bayar 800 juta . mungkin itu penutup 2009 yang diinginkan oleh Umno untuk menekan PR dan kerajaan kelantan berhubung tuntutan wang royalti keatas petronas dan kerajaan pusat , PKFZ dan Enjin Jet . nampaknya terpaksa berpencak silat lagi Tok Guru Nik Aziz untuk mematahkan serangan dari penggemar benda - benda pelik .

Program sulung Pas PJ Utara untuk tahun 2010 ini akan disyiarkan pada 8hb Januari 2010 di Vista Subang . majlis penerimaan keahlian baru dan penyerahan sijil ahli Pas kepada jemaah Vista Subang adalah satu lagi keseriusan dalam berjemaah . hasil usrah , tarbiyyah dan pendekatan dakwah telah berjaya menawan hati dan perasaan mereka untuk bersama dalam perjuangan Pas . inilah adalah kemenangan 2009 untuk diraikan dan diperteguh pada 2010 .

Sri Aman juga akan dijadikan asas untuk mula bertempur untuk menangkis dakyah serta propaganda murahan Umno yang telah ditaburkan kepada penduduk pangsapuri Sri Aman sebulan yang lalu . pastinya penceramah - pemceramah hebat yang akan diperturunkan tidak akan mengecewakan pendengar - pendengar yang dahagakan maklumat yang tepat dan berfakta . bersesuaianlah dengan agenda Pas untuk tahun baru ini 2010 dengan serangan minda dan sikologi iaitu " Umno Pengkhianat Bangsa Dan Bukan Juara Rakyat " .

Isnin, 7 Disember 2009

Bukan Pakatan Yang Menanti Belah Tetapi UMNO Boleh BLAH ..


Saya berkesempatan malam tadi untuk turut sama memeriahkan Ceramah UMNO bertajuk " Pakatan Rakyat Menanti Belah " di SSI Flat Sri Aman , yang majoriti penduduknya adalah melayu dan terdapat Cawangan Pas Sri Aman disitu . cuaca yang agak baik memungkinkan kehadiran pendengar yang agak ramai ditambah lagi dengan promosi banner yang terdapat disegenap pelusuk bermula dari SS1 sehingga ke SS9 . dan penceramah mereka pula bukan calang - calang manusia yang dikilangkan oleh UMNO seperti Lokman Nor Adam dan Kamal Saidin .



Namun jangkaan saya meleset jauh sama sekali apabila sambutannya lebih kurang 30 orang sahaja semuanya termasuk pemuda UMNO dan penceramah sekali . seperti biasa tumpuan serangan mereka Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz , Pas Kuda Tunggangan DAP , Pas Islam DAP dan pelbagai lagi tohmahan serta tuduhan liar yang biasa didengar . agak mudah untuk mematahkan hujah mereka dengan fakta dan penerangan semula . Pas PJ Utara mesti mengorak langkah menjawab semua tohmahan liar mereka dengan mengadakan ceramah terbuka dalam masa terdekat dan jemputlah beberapa orang penceramah besar bagi memberi aura kepada program .
Di SS9A , Pas Cawangan Seri Setia Baru menghulurkan sumbangan untuk masjid tetapi dimaki oleh bilal masjid yang kebetulan orang kuat UMNO . mungkin kerana terkesan dengan program serta aktiviti yang dijalankan maka kemarahannya meluap - luap sehingga melemparkan fitnah . " itu duit DAP " katanya , tidak boleh . dasyat sekali orang tua ini , sempat saya bertanya " jika begitu mana duit UMNO " ? .. masuk poket kot . InsyaAllah bukan Pakatan Rakyat yang menanti belah tetapi UMNO yang boleh blah .

Khamis, 12 November 2009

Luahan Hati .. Bukan Amaran Tapi Peringatan

Hari ini adalah hari yang paling tidak bersemangat dalam kalendar politik harian . rasaan serabut dan mual serta kemang lidah sudah mula dirasai , apa tidak hampir setiap hari teman - teman minta penjelasan atas apa isu yang terjadi . jika dulu tahan bibir dan lidah paling kuat dua minggu sekali tapi kini tiap - tiap hari terpaksa menjelaskan dan menelan pahitnya berpolitik . mungkin kiasan seperti ini orang kata tak tahan dugaan dan tak kuat iman politik namun setiap tafsiran apapun yang terasa tetap terasa .

Selangor dulu yang meriah sudah jadi " koleh masang " kata orang terangganu . katanya berkat pakatan rakyat yang memerintah tentulah orang yang saban waktu berjuang pasti merasa nikmat kemenangan tetapi apa yang berlaku bukan nikmat yang datang tapi " kiamat " . huru hara selangor bukan serangan pisau cukur tapi " sengaja menjadi pencukur " . kesian orang bawahan terpaksa dicukur juga walaupun tak pernah meminta sebegitu .

Pelbagai isu , tekanan dan falsafah diperbetulkan serta dipertahankan namun ianya tetap datang dari dalam kelambu sendiri . bukan masalah kerana nyamuk kelambu hendak dibakar tetapi persoalannya kelambu dah koyak rabak , kena tukar yang baru . tiada gunanya untuk membetulkannya kerana nyamuk sekarang sudah ada wifi dan streamyx , anytime boleh diperbelitkan semula . kadang - kadang timbul rasa tidak faham yang teramat , kenapa menjadi nyamuk sepatutnya jadilah harimau baru senang untuk ditembak .

Seluruh orang sudah mula merasa goyang dengan pemerintahan pakatan rakyat selangor sekarang , sesiapa yang menafikannya bermakna ia bukan pemimpin tetapi elit politik yang tidak berguna . mereka berfikir apabila dijalankan program maka ianya sekadar untuk menunjuk kepada perwakilan setiap kali mesyuarat agung bahawa kita bekerja namun hakikatnya tiada apa yang mereka lakukan . membiarkan anak membuat kerja dan melaung satu dunia ini adalah kreativiti bapanya , ini kerja orang yang tidak berguna .

Jawatan adalah amanah terbesar yang diberi agar dapat diprediksi kepada ruang - ruang untuk membantu perjalanan organisasi namun sedih sekali , semuanya tersasar seperti askar pencen yang rabun . bukan diharap kepada pitis atau emas berlian namun setidak - tidaknya berilah sekadar yang ada agar tersentuh hati pejuang - pejuang yang senantiasa memberi sokongan dan dokongan tak berbelah bagi . jika masih bersikap kedekut dan sekut , ruang - ruang sebagai pemimpin akan menjadi semakin samar kerana ada tidak menambah tiada tidak berkurang .

Jika sudah tidak mampu bersama dan merasa ingin ruang kebebasan yang mutlak dan sejati , jalan keluarnya adalah bebaskan diri anda sekarang kerana ianya adalah sentimen yang boleh merugikan semua orang . tiada salahnya jika membuat keputusan sekarang kerana ianya adalah bermaruah dan beradab namun jika menunggu dan terus menunggu , banyak pilihan yang ada untuk menutup ruang seperti yang ditunggu dan diminta selama ini .

Selasa, 10 November 2009

Masalah Yang Entah Kapan Penyelesaiannya ..

Kebanjiran penjaja - penjaja asing tanpa lesen yang bertambah dari hari kehari terutama berhampiran kuil hindu SS3 dan tapak pasar malam begitu " mengjengkelkan " . seperti langsung tiada tindakan daripada penguatkuasa MBPJ , kelihatan deretan rumah kos atau rumah sewa di SS9A sewenang - wenangnya dijadikan gerai jualan gorengan dan barung yang kelihatan begitu meriah dan seolah - olah begitu istimewanya mereka dimata MBPJ .

Masalah ini yang telah berlanjutan sejak sekian lama bukan sahaja mengundang rasa kurang senang penduduk tempatan malah menimbulkan persepsi umum tentang fungsi MBPJ dan peranan Jabatan Penguatkuasaan MBPJ . adakah mereka mendapat imbuhan atau tekanan sehingga seperti menikus dalam menjalankan tugas ? atau ada sabotaj yang dirancang bagi memburukkan pemerintahan kerajaan selangor dibawah pakatan rakyat ?

Tugasan in juga tidak sepatutnya juga terlepas pandang dari peranan Ahli majlis yang bertanggungjawab kepada zon 23 dan zon 22 yang berada dibawah DUN Seri Setia dan DUN Kg Tunku . jika barangan mereka dirampas dan mereka mampu membayarnya , tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mahu membuat penguatkuasaan kerana itu adalah tugasan yang sah dan dipertanggungjawabkan . teruskan penguatkuasaan sehingga zon perniagaan tidak halal ini dibersihkan .

Pelbagai cara dapat dilakukan bagi menghalang keadaan ini berterusan diantaranya menampal notis larangan berniaga dikawasan berkenaan atau menaikkan papan tanda larangan . naik besar - besar dengan bahasa yang jelas agar pembeli juga dapat membaca mereka membeli ditempat yang salah . menempatkan seorang penguatkuasa dikawasan waktu operasi mereka agar peniaga - peniaga ini tahu bahawa mereka sedang dipantau . pelbagai lagi kaedah - kaedah yang difikirkan sesuai untuk menanganinya dan terletak dibawah bidang kuasa MBPJ .

Jika situasi ini berterusan tanpa menampakkan perkembangan positif , pakatan rakyat selangor ini akan dilabel tidak ada bezanya dengan BN kerana membiarkan masalah ini berlanjutan tanpa penyelesaian . tunjukkan PR lebih baik dan boleh menggantikan BN sebagai pilihan untuk memerintah negeri dan negara . harapan rakyat marhaein begitu besar ingin melihat perubahan kepada sistem dan pengurusan yang lebih cekap dan teratur .

Selasa, 3 November 2009

Jalan Pintas @ Sudah Dipintas ..

Perkembangan politik Selangor sekarang ini begitu mendebarkan . pelbagai enigma yang terjadi ekoran usaha BN yang ingin merampas kekuasaan dinegeri yang paling konsisten kewangannya . ditambah lagi kemelut dalaman Pas Selangor sendiri yang menjadi buah mulut bukan setakat ahli Pas namun wak - wak indon pun ingin tumpang sekaki kerana mengenal nama islam yang dikalimah dilogo parti .

Pakatan Rakyat Selangor seperti terpukau dan dipukau bagaimana untuk menyerang BN yang sudah tidak sabar lagi untuk menjadikan Selangor seperti Perak yang tumbang secara agregat mudah . ironinya dengan kuasa sebesar kelingking , mana mungkin nak pukul sebesar penumbuk itulah realitinya . buktinya penangkapan Dr Asri sudah menjadi hujjah kuat betapa taik - taik Umno masih bertaburan di Jabatan Kerajaan di Selangor .

Namun begitu Pakatan Rakyat masih mempunyai kaki yang kuat untuk menendang mereka - mereka yang sebenarnya pencetus kepada keadaan tidak harmoni kepada kemelut yang terjadi . tugas besar yang sedia ada dan menanti tanpa henti adalah mempertahankan dan memperkuatkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor . pelbagai andaian oleh pelbagai saluran samada melalui Blogger mahu pun dari mulut ke mulut tentang perancangan BN yang tidak boleh dipandang sepi untuk kesekian kalinya .

Sebesar tugas yang ada pada Pas Selangor adalah menyatukan ahli yang mula berbicara nada kecewa dan bukannya membuat majlis untuk mempertahakan diri kerana ianya akan menambahkan masalah yang sedia memburuk . jika satu dunia tahu kapal Titanic karam kerana keegoan dan kebodohan kapten kapal adakah kita nak menyatakan kepada dunia bahawa ianya kerana kebodohan air laut ??

Seperti penyakit kencing manis , jika sudah memburuk dan membusuk apa yang mahu ditunggu lagi . orang tua sejak sekian lama memperdengarkan bahawa kesalahan terulang tidak mungkin menjadi baik lagi kerana kebusukkan dalamannya tetap kekal dan bernanah .

Pas Selangor patut melihat iklan Stremyix sebagai panduan untuk menentukan arah tuju selepas ini samada memilih kemenangan ataupun kekalahan dalam pilihanraya akan datang . ANDA AKAN DIPERSALAHKAN JIKA PAKATAN RAKYAT TUMBANG SAMADA DALAM PILIHRAYA @ JALAN PINTAS BN KERANA ITULAH HAKIKATNYA .

Ahad, 1 November 2009

Sumbangan Amal & Dakwah Seri Setia Baru

1 Oktober - Pas Cawangan Seri Setia baru telah mengadakan program Sumbangan Amal & Kebajikan 2009 di Masjid Ridhwani SS9A petang semalam . program ini bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Ibu Tunggal , Orang Kurang Upaya dan Anak Yatim di SS9A yang berjumlah 17 orang .

Hampir semua pimpianan cawangan telah hadir bagi meraikan majlis yang julung - julung kali diadakan selain dari menyampaikan sumbangan ianya juga untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim bersama masyarakat setempat .

Imam 2 Masjid Ridhwani Ustaz Mansor telah hadir mewakili Jawatankuasa Masjid dan turut menyampaikan sumbangan kepada penerima . beberapa program telah dirangka dalam jangka masa terdekat bagi mendekatkan lagi Pas kepada masyarakat termasuk program " BAD Boys " iaitu Belia Anti Dadah yang sedang dalam perbincangan terakhir untuk dilaksanakan .

Selasa, 27 Oktober 2009

Pergi Jahanam Dengan Umno ..

Hari ini dua peristiwa besar sedang terjadi , yang pertama Sidang Dun Perak bagi membentangkan Bajet 2010 oleh kerajaan haram BN Perak dan yang keduanya Mesyuarat Khas Pas Pusat disebabkan desakan Tok Guru Nik Aziz agar diadakan EGM .

Menteri Besar Pakatan Rakyat , Dato Seri Nizar Jamaluddin adalah wakil rakyat Pas yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pasca PRU yang lalu ditarik turun secara paksa oleh Umno yang menggunakan institusi istana dan kerajaan yang diketuai oleh Najib Tun Razak .

Mesyuarat Khas hari ini juga berkaitan dengan Umno yang menjadi dalang diatas kemelut yang berlaku . tanpa rasa segan dan silu Najib Tun Razak juga yang menghulur tangan ingin berbincang dengan Pas soal perpaduan dan bangsa .

Sudah tentu sebagai seorang muslim , salam perdamaian wajib digenggam dan dieratkan semula namun adakah tangan yang begitu kotor dan jijik seperti itu mahu dipaut sedangkan ditangan itulah segala kejahatan tertulis .

Kata - kata Tok Guru diatas adalah selayaknya buat Umno ..

Ahad, 25 Oktober 2009

Kursus Pengucapan Awam ..



Kursus Pengucapan Awam pada 24 - 25 Oktober di De Palma Hotel Shah Alam anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat yang melibatkan Selangor , Perak dan Perlis selesai diadakan dengan jayanya . dengan jumlah peserta hampir 100 orang , kursus ini yang dikendalikan oleh MultiSkill Consultant telah banyak memberi panduan serta maklumat yang berguna untuk setiap peserta mempraktikkannya bila berada didalam situasi sebenar pengucapan awam .

Kursus ini yang dirasmi dan ditutup oleh Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad , akan diteruskan untuk modul kedua dalam jangka masa yang akan dimaklumkan nanti . ini adalah penting bagi memberi pendedahan yang lebih sistematik memandangkan waktu dua hari bukanlah terlalu panjang untuk ditekuni setiap butiran serta panduan .

Pas Kawasan Petaling Jaya Utara telah diwakili oleh Zawawi Mamat dan Zaimiruddin Zahari bagi memberi pendedahan kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan khususnya di Petaling Jaya Utara .

Kedua - dua peserta ini merupakan pimpinan Pas Cawangan Seri Setia Baru , iaitu salah satu cawangan penaja dalam Pas Kawasan Petaling Jaya Utara . sudah tiba masanya Pas Kawasan proaktif memikirkan dan seterusnya melaksanakan beberapa program yang berkaitan pengucapan awam bagi membentuk pimpinan kawasan dan cawangan yang bermaklumat dan berkebolehan .

Selasa, 20 Oktober 2009

Sampah dan Alam Flora

Apa sudah jadi ? masalah rutin kembali berulang . sudah 3 hari sampah tidak diangkut oleh kontraktor bulanan Alam Flora yang telah menyebabkan SS9A seperti berada di zon pembersihan sisa pepejal .

Bukan sahaja sampah , ekoran dari kekotoran dan bau busuk telah mengundang tikus - tikus berkeliaran yang boleh membawa penyakit . harap pihak berkuasa tempatan mahupun kontraktor sendiri mengambil inisiatif untuk dimasa kedepan jadual angkut sampah dipatuhi dan ditekuni .

Permasalahan kontraktor yang berkontrak bulanan ini telah mendatangkan masalah yang berunsur sabotaj . penyusunan semula pengurusan sisa pepejal yang dibawah kuasa penuh kerajaan negeri adalah diharapkan dapat beroperasi secepat mungkin agar sistem aduan awam dapat ditindak lanjut dengan cepat .

Pejabat Baru YB Lau ..

Pas Cawangan Seri Setia Baru telah turut sama meraikan pembukaan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kg Tunku yang baru di Seapark pada 18 Oktober 2009 ( Ahad ) baru - baru ini . kelihatan Zaimiruddin Zahari Setiausaha Cawangan Seri Setia Baru bersama Ketua DPPPJ Utara Azri Mohd Arish dan Ridzuan Din Exco DPPPJ Utara .

Majlis harmoni ini telah berjaya mengumpulkan pelbagai kaum untuk hadir memberi sokongan dan solidariti kepada Pusat Khidmat yang baru serta yang paling utama sekali keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh YB Lau Weng San disepanjang tempoh beliau menjadi wakil rakyat disini . Tahniah !!

Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H dari seluruh kepimpinan Pas Cawangan Seri Setia Baru kepada seluruh Muslimin & Muslimat

Ampun dan Maaf diatas segala keterlanjuran dalam menggerak perjuangan .
Ampun dan Maaf diatas segala keterlanjuran kata bicara bukan untuk permusuhan .
Ampun dan Maaf diatas segala - galanya .

Akhirnya , Semoga Allah melindungi dan merahmati kalian semua .

Isnin, 14 September 2009


Pas Cawangan Seri Setia Baru turut sama meraikan majlis sumbangan ramadhan yang telah diadakan di Surau Nurul Huda Vista Subang pada ahad lepas . Majlis sumbangan yang dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Petaling Jaya Utara Haji Kamarudin Suhaimi serta pimpinan kawasan dan cawangan Damansara Dalam .

Sebanyak 16 kampit beras , 32 kg gula dan minyak masak telah disumbangkan kepada ibu tunggal dan fakir miskin . manakala untuk Oku dan anak yatim sumbangan duit raya dihulurkan .

Pada sebelah malamnya pula sumbangan oleh YB Dr Nasir Hashim Adun Kota Damansara kepada 16 orang fakir miskin . YB yang sepatutnya berada bersama program Pas Petaling Jaya Utara pada petangnya tidak dapat hadir kerana berada di Subang Perdana untuk satu program yang sama .

Sabtu, 12 September 2009

Banner Aidilfitri 1430H Pas Seri Setia Baru


Operasi menaikkan banner Aidilfitri malam tadi telah berjaya digantung disimpang empat jalan SS9A/8 .

Operasi yang disertai oleh Zawawi Mamat ketua Pas Cawangan , kamarozaman Alias Naib Ketua Cawangan , Zaimirudin Zahari Setiausaha Cawangan & Norhisyam Samsusah Ketua Pemuda Cawangan serta beberapa orang Ajk Cawangan .

Ini adalah kali ke-2 banner aidilfitri dinaikkan semenjak tertubuhnya cawangan Seri Setia Baru yang dulu namanya adalah cawangan SS9A .

Rabu, 2 September 2009

Soya Panas SS9A ..


Naib Ketua Cawangan Pas Seri Setia Baru Kamarozaman Alias mengambil kesempatan berniaga kecil - kecilan sempena bulan puasa ini . Air Soya panas yang diusahakan oleh beliau bersama Setiausaha Cawangan Zaimiruddin Zahari telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada penduduk sekitar SS9A terutama warga industri yang menetap disitu .


Zaimiruddin akan menambahkan biskut raya dan kerepek digerainya apabila memasuki pertengahan puasa kelak . dengan adanya bisnes kecil - kecilan seperti ini dapatlah beliau menampung sedikit keperluan harian keluarganya memandangkan beliau tidak mempunyai sumber pekerjaan yang tetap .

Isnin, 31 Ogos 2009

Rakyat Malaysia Boleh Demontrasi Setiap Hari Kalau Mahu ..


Terkesan juga dihati melihat bendera Malaysia dibakar oleh mereka yang tidak faham toleransi dan adab dalam hubungan antara negara .

Hanya kerana Visit Malaysia yang memaparkan Tarian Bali maka itu sudah dikira mencuri warisan mereka . bagaimana pula penjenayah indonesia yang setiap hari merompak dan menyamun di malaysia ?


Bagaimana pula dengan Kampung Medan , Kampung Kerinci dan kampung Jawa ? apakah mereka ingin pula menuntut ianya sebagai kampung mereka ?

Sg Way yang terletak didalam Seri Setia dan Kampung Tunku mempunyai kepadatan warga Indonesia yang begitu besar , apakah selama ini mereka mencari rezeki diindonesia dan bukan disini ?


Belajarlah berterima kasih dan menghormati adab serta budaya negara malaysia jika benar seperti apa yang mereka laungkan kononnya kita serumpun . jika serumpun mengapa tidak boleh dikongsi warisan kita .

Selamat Datang Ramadhan


Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak 1430 hijrah daripada Pas Cawangan Seri Setia Baru . Semoga Ramadhan kali ini dilipat gandakan lagi amalan serta amal makruf nahi mungkar .

Kepada Allah kita berserah semuanya ..

Jumaat, 14 Ogos 2009

Zuriat Syaaban .. Tahniah


Syukur .. Tahniah dari Pas Seri Setia Baru kepada Saudara Arief Ateed Hassan Penolong Setiausaha Pas Kawasan Petaling Jaya Utara dan isteri Doktor Haryanti diatas kelahiran zuriat lelaki malam tadi . Doa kami semoga bertambahlah rezeki dan kerahmatan dari tuhan yang menciptakannya . kelihatan Pengerusi Tetap DMPPJU dan A-jeans serta juru gambar bertauliah Azri Mohd Arish Ketua Pemuda Pas Petaling Jaya Utara sedang menziarahi Doktor Haryanti .


Keluarga Doktor Haryanti juga tidak ketinggalan untuk bersama menziarahi serta meraikan cucu bongsu mereka dan juga cucu bongsu kepada Pesuruhjaya Pas Selangor Dato Dr Hassan Ali . tahniah sekali lagi .

Taklimat Kepimpinan & Organisasi Pas Petaling Jaya Utara 2009


Pas Cawangan Seri Setia Baru telah menghantar 5 orang wakil yang terdiri daripada Zawawi Mamat Ketua Cawangan , Kamarozaman Alias Naib Ketua Cawangan , Zaimiruddin Zahari Setiausaha Cawangan , Sufian Ibrahim Ketua Penerangan dan Norhisyam Samsusah Ketua Pemuda Cawangan .

Taklimat yang julung - julung kali diadakan ini memberi pendedahan secara terperinci tentang perlembagaan dan tataetika dalam parti .

Memandangkan Pas Cawangan Seri Setia Baru masih berstatus penaja , taklimat ini telah memberi makna yang tersendiri kerana hampir 85% ahli cawangan adalah berasal dari Umno yang sememangnya memerlukan maklumat , tarbiyyah dan pendedahan berterusan bagi menjamin ketaatan dan istiqomah dalam perjuangan tanpa henti .

Tahniah kepada mereka semua .

Selasa, 11 Ogos 2009

Doakan Kesembuhan Pak Ya


Haji Zakaria Darus ( Pak Ya ) pangasas Pas Cawangan SS9A kini bertukar nama kepada Pas Cawangan Seri Setia Baru , terpaksa berulang alik 2 hari sekali ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana sakit buah pinggang dan kencing manis . ziarah blogger bersama Pas Cawangan Seri Setia Baru kerumah beliau petang kelmarin melihat sendiri kondisi Pak Ya yang semakin uzur .

Dengan kos cuci darah ( hemodylisis ) yang agak mahal memang cukup untuk menggambarkan kesulitan kewangan yang sedang dihadapi oleh Pak Ya setelah setahun terpaksa berulang alik hospital .

Beberapa permohonan bantuan telah diajukan terutama kepada Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Khidmat Masyarakat bagi membantu meringankan beban perubatan yang ditanggung . alhamdulillah setakat ini sudah ada respon positif dari pihak berkenaan . bersama kita doakan agar Pak Ya diberi kekuatan menghadapi ujian dan diberi juga kesembuhan .

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hubungi Zamiruddin Zahari : 0102709228 untuk maklumat lanjut .

Khamis, 6 Ogos 2009

Mesyuarat Khas Ramadhan Pas Seri Setia Baru

Mesyuarat khas Pas Cawangan Seri Setia Baru telah berjaya diadakan malam tadi ( 6 Ogos 2009 ) dirumah Setiausaha Cawangan Zaimiruddin Zahari khususnya untuk membincangkan program sepanjang bulan ramadhan.Mesyuarat secara santai ini telah dihadiri oleh Zawawi Mamat ( Ketua Cawangan ) , Kamarozaman Alias ( Naib Ketua Cawangan ) , Norhisham Samsusah ( Ketua Pemuda ) dan Daud Mansor ( Ajk Cawangan ) . Manakala Sufian Ibrahim ( Ketua Penerangan ) , Isnanto Selamat ( Bendahari ) dan Puan Hasni Ismail ( Ketua Muslimat ) tidak dapat hadir kerana komitmen kerja serta beberapa orang Ajk lagi .

Saudara Wan Roslan Wan Abu Bakar ( berkopiah ) , Pengerusi Lajnah Dakwah , Pembangunan Modal Insan & Gejala Sosial Dewan Pemuda Pas Petaling Jaya Utara turut hadir untuk memberikan takzirah ( Tajuk : kenapa memilih pas ) sebelum mesyuarat penuh dimulakan .Terima kasih kepada Setiausaha Cawangan kerana inisiatif meehun goreng sebagai menu mesyuarat malam tadi .

Rabu, 5 Ogos 2009

Tribute To YB Lau Weng San
















Berikutan kemelut yang diciptakan Umno perosak bangsa keatas wakil - wakil rakyat Pakatan Rakyat seluruh selangor , Pas Cawangan Seri Setia Baru menyatakan solidariti berterusan keatas mereka dan menolak niat jahat pihak - pihak yang bersekongkol untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat .

Tribute To YB Lau Weng San , ADN Kg Tunku yang dikenali cukup mesra dan prihatin dengan segala permasalahan dikawasan yang diwakilinya selama ini . dengan cukup yakin dan percaya ini adalah kerja kotor pihak tertentu untuk mensabitkan beliau dengan perkara yang langsung tiada kes dan direka cipta .

Teruskan berjuang buat YB lau Weng San . kami bersama anda .

Perkara : Mesyuarat Cawangan Kali ( 1 )

Mesyuarat Cawangan Seri Setia Baru khas untuk program Ramadhan & Asnaf akan diadakan ;

Pada : 6 Hb Ogos 2008 . ( Khamis )
Jam : 9.00 - 11.00 malam .
Tempat : Rumah Zaimiruddin B Zahari . ( Setiausaha Cawangan )

Semua ahli jawatankuasa cawangan dijemput hadir

Ahad, 12 Julai 2009

Pas Seri Setia Baru Semakin Kukuh .

Angin bertiup kencang dalam gelora politik di SS9A , pada awalnya Umno disini mengatakan bahawa Pas Cawangan hanya bermimpi disiang hari untuk menubuhkan cawangan apatah lagi untuk membuatkan pemimpin mereka berhijrah kepada Pas .

Namun Umno tersedak besar bila mantan Ketua Pemuda Umno Cawangan dan Setiausaha Pemuda Cawangan SS9A yang cukup berpengaruh mengisytiharkan diri masuk Pas bermula 13hb Julai yang lepas . cukup dikenali sebagai otai dikalangan Pemuda disini membuatkan kem Pemuda Umno disini berpecah dan kehilangan gas .

Terkini setelah kemasukan beliau , khabar kencang yang menggusarkan Umno bila Ketua Umno Cawangan sendiri sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno dan hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bersama Pas .

Alhamdulillah , ini semua hasil dari pertolongan Allah yang memberi taufik dan hidayah kepada mereka sehingga kami berderai air mata kesyukuran bukan hanya kerena telah memilih perjuangan islam namun lebih besar lagi ikrar mereka untuk mengangkat islam ditempatnya .

InsyaAllah , tuhan tidak akan melekakan kami dengan situasi ini . pendekatan dakwah dan tarbiyyah dimaksimakan setahap mungkin bagi mengistiqomahkan mereka dalam perjuangan . strukutur organisasi baru cawangan yang telah diputuskan telah memulakan kerja bagi mendasari amanat Presiden Pas & InsyaAllah kita akan lihat hasilnya nanti . Wallahu'lam

Sabtu, 11 Julai 2009

Rahsia Kelahiran Dalam Kalendar Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan: -Lupa tarikh lahir islam anda…?

http://www.islam.com/islamicdates.asp

Muharram : Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar : Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal : Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir : Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal : Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir : Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab : Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban : Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan : Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal : Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah : Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan .

Zulhijjah : Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.